Pertandingan Sepak Raga Tuju Terbuka Parlimen Kubang Pasu
- 18 July 2009
- Sabtu
- Pertandingan Sepak Raga Tuju Terbuka Parlimen Kubang Pasu Anjuran Himpunan Pengerusi-Pengerusi Zon Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu Bersama Biro Keahlian,Daftar Pemilih Dan Penubuhan Cawangan Baru UMNO Bahagian Kubang Pasu
Bertempat di Dewan Jitra, Satu pertandingan Sepak Raga Tuju yang julung-julung kali telah diadakan di Parlimen Kubang Pasu .Pertandingan tersebut bertujuan menarik minat orang ramai untuk menyertai parti UMNO disamping beriadah dengan ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi.
Menurut pengerusi Majlis,Saudara Hasmuni B Hassan yang juga merupakan Ajk Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu “Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli dan juga bukan ahli UMNO dalam memperbanyakkan lagi aktiviti dibawah Parti UMNO di Bahagian Kubang Pasu dalam membuktikan yang UMNO sebuah parti yang mendahulukan rakyat seperti yang disarankan oleh YAB Dato Seri Najib,Perdana Menteri Malaysia”Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”
Menurut beliau lagi”Malahan ada peserta yang datang dari Peneng,Perak,Perlis dan beberapa lagi negeri yang terdekat telah memeriahkan lagi pertandingan ini.
Majlis penyampain hadiah akan berlangsung pada sebelah malam..Orang ramai yang berada disekitar Kubang Pasu dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Pertandingan ini.
*sumber ikhsan dari laman sesawang
http://politikkubangpasu.blogspot.com/







